Ringkasan:
Pasukan polis Filipina telah gagal untuk menyelamatkan tebusan orang Hong Kong yang sedang berada di dalam bas.Pasukan tersebut telah cuba memecahkan tingkap bas itu apabila sedang hendak menyerbu masuk.Mereka menembak gas pemedih mata ke dalam bas itu dan seorang penembak hendap menembak lelaki bersenjata itu di kepalanya.Ketika itu, lapan pelancong Hongkong dalam bas itu sudah terbunuh.
Komentar:
Saya setuju bahawa pihak pasukan polis Filipina tersebut bersalah atas nyawa-nyawa yang telah terkorban. Saya rasa mereka tidak mempunyai latihan-latihan untuk menyiapkan diri jika perkara tersebut berlaku.Mungkin juga mereka tidak mempunyai pengalaman dengan kejadian itu. Polis-polis ini sepatutnya dilatih dengan lebih lagi supaya perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan sempurna.




